Welcome

Saturday 17 April 2010

GEJALA PEMBUANGAN BAYI

Dewasa ini, isu masalah sosial merupakan salah satu isu yang saban hari di gemapr gempurkan. Boleh juga dikatakan isu ini berada di tahap yang sama dengan isu politik yang melanda negara kita. Hampir setiap hari, dapat di baca di dada akhbar yang memaparkan berita mengenai dadah, lumba motor haram atau merempit, kes ragut dan sebagainya. Tidak ketinggalan juga isu sosial yang tidak dapat dielakkan iaitu kes pembunagan bayi.

Kebanyakan paparan berita tentang isu ini sangat menyentuh perasaan apabila ada binatang yang bertopengkan manusia sanggup membakar bayi tidak diingininya bersam-sama longgokan sampah. Ada juga tanpa belas kasihan menghanyutkan bayi yang tidak berdosa itu ke dalam sungai. Betapa kejamnya segelintir makhluk Tuhan yang bernama manusia pada zaman sekarang. Jadi, sebagai masyarakat, kita sepatutnya mengkaji apakah punca kepada permasalahan ini kerana sudah tentu fenomena ini membawa pelbagai kesan negatif. Langkah-langkah untuk membendung masalah ini juga perlu supaya perkara ini tidak berterusan berlaku.

Punca pertama yang dikenalpasti penyebab kepada masalah pembuangan bayi adalah kurangnya didikan agama dalam kalangan masyarakat pada masa sekarang terutamanya kepada golongan remaja. Remaja boleh diklasifikasikan kepada mereka yang berusia antara 13 hingga 25 tahun. Zaman ini merupakan zaman untuk mereka mengenali dunia yang sebenarnya. Seharusnya, anak-anak perlu diberikan pendidikan serta ajaran agama yang sewajarnya sejak dari kecil lagi. Bak kata pepatah, melentur buluh biarlah dari rebung. Hal ini kerana, mereka boleh mempraktikkan didikan yang diajar sehingga dewasa. Berlainannya pada masa kini, remaja tidak didedahkan dengan ilmu agama yang secukupnya sehingga terjebaknya ke dalam kancah maksiat. Apabila terjadinya perkara yang tidak diingini, pertimbangan terakhir yang tidak di kaji semasak-masaknya adalah membuang atau membunuh bayi yang diperolehi melalui hubungan terlarang akibat kurangnya keimanan di dalam diri.

Institusi kekeluargaan juga menjadi punca kepada masalah sosial atau spesifik disini ialah isu pembuangan bayi. Institusi kekeluargaan yang utuh adalah penting untuk menjamin kenahagiaan dalam sesebuah keluarga. Sebaliknya keruntuhan institusi keluarga pula boleh menyebabkan berlaku pelbagai kesan negatif. Di zaman yang sedang membangun ini, semua lapisan masyarakat berusaha mencari rezeki untuk menjamin kehidupan. Begitulah halnya dengan ibubapa. Kedua-dua ibubapa sibuk bekerja untuk mencari rezeki buat keluarga. Kononnya disini mereka menganggap wang adalah penentu kenahagiaan. Ya, memang betul dan mungkin semua orang memperolehi kenyataan itu. Tetapi adakah kebahagiaan diperoleh apabila ada anak-anak yang membesar tanpa mendapat kasih sayang di rumah menyebabkan anak-anak keluarga mencari kebahagiaannya sendiri. Keadaan inilah yang akan menimbulkan pelbagai fenomena negatif apabila mereka mendapat kebebasan di luar tanpa dipantau oleh ibubapa. Apabila berlakunya kejadian yang tidak diingini sehingga melahirkan anak, cara termudah untuk menutup rahsia daripada keluarga ialah dengan membuang bayi tersebut. Tambahan pula, ibubapa yang sibuk bekerja sangat jarang mempedulikan anak-anak sehingga tidak menyedari keadaan anaknya itu.

Punca seterusnya yang membawa kepada kes fenomena pembuangan bayi ialah sikap segelintir masyarakat di negara kita. Kami tidak menyatakan semua masyarakat bersikap sedemikian namun memang terdapat segelintir masyarakat yang suka serta terburu-buru menghukum seseorang yang melakukan kesalahan. Mungkin ada yang berkata mereka menjalankan tanggungjawab sesama manusia atau masyarakat tetapi ia akan menjadi sebaliknya jika mereka menghukum tanpa mengetahui perkara yang sebenarnya. Begitu juga kaitannya dengan kes pembuangan bayi. Masyarakat menganggap wanita atau gadis yang mengandung tanpa suami melakukan kesalahan tanpa mereka mengambil kira terlebih dahulu apakah yang menyebabkan kemelut ini berlaku. Oleh itu, ramai wanita seperti terpaksa membuang bayi yang dilahirkan untuk mengelak pandangan jijik daripada masyarakat. Namun, tidak dinafikan memang ada yang memang betul-betul tekad untuk membuang bayi yang tidak berdosa itu sebelum mereka mengenal dunia yang indah ini.

Setelah mengenal pasti faktor-faktor yang membawa kepada berlakunya kes pembuangan bayi, eloklah kita sama-sama berkongsi buah fikiran untuk mencari langkah-langkah bagi membendung masalah ini, hal ini kerana, jika ini berterusan, ia akan membawa kepada pelbagai kesan negatif sama ada kepada individu terbabit, masyarakat serta negara. Langkah pertama yang boleh membendung masalah ini ialah dengan menubuhkan tempat perlindunagn. Terdapat segelintir pihak yang menyatakan langkah itu sebagai menggalakkan lagi masalah ini. Namun kita harus memandangnya secara positif. Tempat perlindungan yang diwujudkan ini adalah bertujuan untuk mendidik mereka yang terjebak dengan kes hamil luar nikah ini untuk berubah. Bukan semua yang hamil luar nikah adalah kerana keterlanjuran tetapi ada juga kes yang dirogol. Jadi, tempat perlindungan inilah yang akan menjadi tempat untuk mereka mengadu nasib. Jadi, dengan itu, kita harus membantu manusia seperti ini dengan sebaik mungkin kerana mereka boleh berubah dengan adanya tunjuk ajar yang benar.

0 Comments:

Post a Comment



Template by:
Free Blog Templates